27 July 2010

"Kejora Sinar Zaman".... dalam dunia kami..

Lagu ni adalah dendangan kumpulan nasyid Rabbani yg ditujukan khas buat arwah Us. Asri Ibrahim vokalis kumpulan ini yg sememangnya ummi kagumi sejak kenal dgn Nadamurni lagi. Liriknya sangat menusuk qalbu, membuatkan ummi terkenangkan arwah abah ummi dan juga arwah bapa mertua yg kedua-duanya tak sempat ummi kenali dgn lebih dekat. Namun seperti lirik ini "TUHAN YANG MAHA TAHU, APA KETENTUAN TAKDIR, KITA HANYALAH HAMBA....."

Buat kalian yg sentiasa dirindui... Danyal Ismail dan Mohammad Mustajab.. moga kalian bahagia diSisiNya....

KEJORA SINAR ZAMAN

Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka

Desir berita hadir…kala berserinya pagi

Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi

Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata

Tuhan yang Maha Tahu

Apa ketentuan takdir

Kita hanyalah hamba

Berserah kepada Dia

Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani

Merdu mengalun rima… bermadah dari hati

Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya

Menyerap dijiwa…tenggelam di alam rasa

Sukar di cari ganti

Mekar kasihmu ria

Segar menghibur hati

Tak mungkin dilupakan

Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan

Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya

Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu

Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana

Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah

Damailah…bahagialah…bersama kasihnya


Lagu: Dakmie
Lirik: B.Nury
Album: Kumpulan Rabbani
Terbitan: Rabbani Production (M) Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment