26 July 2010

Along dan selsema

hhhmmm ummi dah tak tahu cemana nak buat lagi dah. Nampaknya tak reda pun selsema along ni. Along mmg mudah dpt selsema, kalau angah sensitif kat perut, along nih nampaknya sensitif kat hidung. Dlm family Ummi dan Abah pun mmg ramai yg ada resdung, jadinya mmg lah tak leh nak elak. Walhal along dah mkn madu setiap pagi sebelum pegi sekolah semenjak umur dia 5 tahun lagi. Tapi bila dah masuk darjah satu, anak2 kita nih dah pandai beli air sejuk, aiskrim, jajan mmg toksah cakaplahhh. Tahun ni ummi cuba pulak dgn hemopati, sebelum ni ada jugak along ambik ubat anti alahan (drug version) tapi tak nampak sangat perubahan. Kali pertama ambik ubat hemopati, alhamdulillah kesan yg sangat positif, ada sebulan juga along takde selsema, bersin n kahak. Tapi hujung last month along kena balik selsema dan tak baik2 sampai hari ni. Ummi cuba lagi ubat hemopati kali ke dua, 2,3 hari lepas macam nak baik dah tapi semalammmm hhhhmm berkahak balik. Hhhhmm cemana ummi nak buat lagi. Semalam ummi vakum bilik along termasuk lah siling yg ada sawang, belakang katil dan ummi suh along simpan semuaaaa teddy bear yg ada atas katil, ummi cuma bagi along tido dgn Mr. Zero sahaja. Along ni suka sangat susun patung2 bear dia kat katil, takut katanya bila tido malam2... haiiiilah anak ummi ni (sampai sekarang nangis gak lagi malam2 kadang2.....). Nampaknya ummi kena monitor balik along siap pagi2, pagi tadi bila tanya along mandi camna.... rupanya sirammmm jerrr tu pun kat perut je... anak.... anak...

No comments:

Post a Comment