16 December 2009

Persiapan Along ke Sekolah Rendah

Isnin lepas ummi dan abah ambik cuti khas utk pegi beli barang2 sekolah along di Sek rendah Al-Amin Bangi. Ummi ingatkan sejam jer tapi setengah hari jugak lah kat sek tu. Mula-mula beli buku.. lepas tu beli baju pulak. Masa nak beli baju ni baru lah teringat kenapa lah ummi dan abah tak bawak along. Kami tak nak ganggu kelas mengaji along sebenarnya tapi bila nak beli baju kalau ada along lagi lah senang kan. Takpelah dah lepas dah pun.... Alhamdulillah saiz yg ummi pilih sesuai utk along. Tersenyum lebar along tgk buku dgn baju sek dia. Tak sabar lah tu nak pegi sek. Ummi pun dulu camtu jugak hehehe.
Ummi pening jugak bila memikirkan mana along nak duduk lepas waktu sekolah. Along balik lebih kurang pukul 3ptg. Jadi ada masa dlm 3jam jugak tu nak kena transit. Ummi nak cari tempat utk along yg ada environment rakan sebaya dan ummi nak jugak rakan sebaya along tu tak memberi apa2 pengaruh negatif pada along. Fuhhh cam susah je... bila terlampau pikir cam rasa nak berenti keje jer.. heheh.. Tapi hakikatnya ummi dan abah sedar, kami tak mampu sekat apa2 pengaruh/input pun pada along apalagi di zaman siber ni. Tapi kami akan cuba yg termampu utk memberi/mencari persekitaran yang baik utk along dan adik2.

No comments:

Post a Comment