16 December 2009

"alaaaa..." - Angah Syafi

Minggu lepas angah syafi asik dengan perkataan "ke". Minggu nih pulak Syafi asyik dengan "aaalaaaa....mi" (Ala.. Ummi). Bukan main lagi budak sorang ni. Suruh jer apa-apa skit mesti keluar "aalaaaa...mi". Agaknya syafi ni tengah cuba kata hubung agaknya hehe. 4,5 hari ni Syafi asyik meragam je. Asyik nak nangis je anak ummi yg sorang ni. Yang ummi perasan kalau syafi kena marah/tegur, angah syafi dah tak pukul ummi balik tapi dah pandai merajuklah pulak. Kena tegur sikit dah pegi duduk sofa pas tu buat muka muncung. Mak ngah pun pecah perut tengok muncung syafi. hehehe... dah makin membesar anak ummi ni. Minggu lepas cuti tiga hari jumaat, sabtu dan ahad... Tiga hari lah ummi duk dengar "vroooommmmmmmmmmmm" dari mulut angah syafi. Kalau lah dpt tgk air liur syafi tu agaknya penuh dinding dan lantai dengan air liur dia. Syafi ni memang suka sangat bunyi kenderaan. Suka lah buat aksi main kereta, naik motor, siap ada aksi start motor lagi. Kalau kat mana-mana nampak motor, tak berkedip mata syafi tgk motor tu. Kata uwan (mak ummi) pakcik-pakcik ummi yg kembar masa kecik-kecik dulu sama lah, buat aksi main keta cam syafi jugak. Siap ngan bunyi jugak.. bunyi pun sama pulak tu (aksi camni pun ada dlm keturunan ke hehehe). Nama pak cik2 ummi Syafi'ei dan Syafi'on.. Nama Syafi pulak tade 'ei dan 'on. Hehehe masa letak nama syafi tak fikir pun nak sama nama ngan pakcik2 ummi tu... bila dah letak baru perasan ada skit sama dgn nama atuk2 sedara syafi ni.

No comments:

Post a Comment