09 November 2009

Ihtifal Sekolah Along



Setelah berada selama tiga tahun dgn LITTLE CALIPH BBB, sabtu lepas kami semua menghadiri "Graduation Day" along. Alhamdulillah, tak rugi ummi dan abah spend utk hantar along ke LC. Along join LC pada umur 4 tahun dan along belajar di LC selama 3 tahun. Banyak faktor yg menyebabkan ummi dan abah tak tukar along ke mana-mana tadika lain. Yang pertamanya pada hujung tahun yg pertama alhamdulillah along dah blh membaca, blh ambik wuduk dan solat... yang keduanya pada umur 5 tahun along jadi johan membaca di antara beberapa LC dan pada umur 6 tahun along dpt naib juara di antara beberapa tadika di PWTC masa tu ada book fair. Along pun dah hafal juz amma sekarang nih.. kalah ummi. Banyak lagi sebenar yg ummi rasa tak mampu nak didik/bimbing tapi LC berjaya dlm mendidik anak ummi nih dari segi akademik mahupun akhlak/sahsiah. Jutaan terima kasih pada teacher2 di LC, teacher Zaleha dan En. Wahama (Teacher Pakcik hehehe) terutamanya kerana mendidik dan membimbing anak kami I'smatul Iman Bt Mohd Izham. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian dunia dan akhirat.

Sekarang tugas ummi dan abah pulak nak memastikan apa yg along dapat di LC dapat dikembangkan dan dipraktikkan. InsyaAllah along akan meneruskan pembelajaran sekolah rendah di Al-Amin Bangi. Semoga Allah beri kekuatan pada ummi dan abah utk menjaga dan mendidik sebaik mungkin amanah yg Allah berikan kepada kami. Aminnn

No comments:

Post a Comment