03 May 2010

Cepat sembuh anakku

Ummi tak dpt nak fokus buat kerja hari ni. Uwais demam sejak khamis malam, muntah dan cirit birit yg agak teruk juga. Alhamdulillah tak selsema dan batuk. Uwais menangis 2 hari.. buka jer mata mulut pun bunyi, kejap nangis, kejap merengek sampai tido pun mulut muncung2. Kesian anak ummi. Terngiang-ngiang suara tangisan uwais kat telinga ummi ni. Dah tanya taska, uwais dah makan banyak. Badan uwais mendadak susut, mata pun cengkung. Berat hati pagi tadi menyerahkan uwais kat abah utk dihantar ke taska. Along dan angah pun tolong pujuk uwais, semalam angah tepuk uwais. Bagus anak2 ummi.... tapi bila uwais dah tido, bising juga... terberhenti langkah uwais yg comel, tak larat nak angkat badan agaknya. Bulan lepas uwais dah warded sebab cirit birit juga tapi kali ni ummi nak cuba "rawat" anak ummi sendiri... Cepat sembuh ye sayang.. nanti blh main dengan angah lagi...

No comments:

Post a Comment